Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA ayat kursi BERJAYA MENCAPAI 91 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH MUSLIM

81  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1225.
Dari 'Urwah r.a., dari bapanya, dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku berpendapat, jika seseorang tidak saai antara Safa dan Marwah tidak membatalkan hajinya." Tanya 'Aisyah, "Apa alasanmu?" Jawab ku, "Firman Allah Taala yang berbunyi: "Sesungguhnya Safa dan Marwah sebahagian dari syi'ar agama Allah. " (Al Baqarah: 158). Kata 'Aisyah, "Tidak sempurna haji dan umrah seseorang tanpa saai antara Safa dan Marwah. Kalau benarlah apa yang kamu katakan, tentu firman Allah Ta'ala itu seharusnya berbunyi: Tidaklah berdosa orang yang tidak saai antara keduanya. Tahukah kamu sebabnya? Sebabnya ialah: Di zaman jahiliyah, orang-orang Ansar menyembah dua berhala yang terletak di tepi pantai, iaitu berhala yang disebut Isaf dan Nailah. Sesudah mereka mendatangi kedua berhala itu, mereka saai antara Safa dan Marwah, dan sesudah itu mereka bercukur. Setelah Islam datang, mereka enggan saai antara keduanya, kerana mereka tak ingin mengingat perbuatan mereka semasa jahiliyah. Kata 'Aisyah, lalu Allah menurunkan ayat: "Sesungguhnya Safa dan Marwah sebahagian daripada syiar agama Allah." (Al Baqarah : 158). Maka sejak itu, mereka saai antara keduanya."

82  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0603.
Dari Abu Barzah Al Aslami r.a., katanya: "Rasulullah saw. biasa mengundurkan solat Isyak hingga sepertiga malam, dan beliau tidak suka tidur sebelumnya dan bercakap-cakap sesudahnya. Dalam solat Subuh, beliau baca kira-kira seratus atau enam puluh ayat, dan kami selesai solat ketika masing-masing kami telah mengenali wajah yang satu dengan yang lain."

83  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0770.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :"Sukakah kamu bila kamu pulang ke rumah mu lantas kamu mendapati tiga ekor unta yang sedang bunting dan gemuk-gemuk?" Jawab kami, "Tentu, ya, Rasulullah!" Sabda beliau, "Membaca tiga ayat dalam solat lebih bagus nilainya dari ketiga unta bunting itu."

84  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0143.
Dari Masruq r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika aku duduk dekat 'Aisyah r.a., dia berkata kepada ku, "Hai, Abu 'Aisyah! Ada tiga perkara, barangsiapa mengatakan salah satu di antaranya, maka bererti orang itu mengatakan suatu kebohongan besar terhadap Allah." Aku bertanya, "Apakah itu?" Jawabnya, (1) Siapa yang mengatakan bahawa Muhammad saw. pernah melihat Tuhannya, maka dia itu sesungguhnya telah mengadakan kebohongan besar terhadap Allah. Kata Masruq, "Ketika itu aku sedang bersandar, lalu aku duduk seraya berkata: "Ya, Ummul Mukminin! Tunggu sebentar, dan jangan tergesa-gesa. Bukankah Allah 'Azza wa Jalla telah berfirman: "Sesungguhnya dia telah melihatnya ditepi langit yang terang". (Takwir: 23) "Sesungguhnya dia telah melihatnya di waktu yang lain". (An Najm:13) Jawab 'Aisyah, "Akulah orang yang pertama-tama dari umat ini yang menanyakan masalah itu kepada Rasulullah saw." Beliau bersabda, "Sesungguhnya yang terlihat itu ialah Jibril. Aku belum pernah melihatnya dalam bentuknya yang asli selain dua kali itu. Ketika ia turun dari langit, sebahagian tubuhnya tertutup antara langit dan bumi." Kata 'Aisyah selanjutnya, "Belum Anda dengarkah firman Allah yang mengatakan: "Penglihatan tidak sampai kepada-Nya, tetapi Dia mengetahui segala penglihatan. Dia itu lemah-lembut dan Maha Tahu". (An'am: 103) "Dan Tiada seorang pun akan dapat berkata-kata dengan Allah, melainkan dengan wahyu, atau di balik tabir, atau dikirim-Nya utusan, lalu dengan izin-Nya diwahyukan-Nya apa yang dikehendaki-Nya: sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana". (Syura:51) Kata 'Aisyah melanjutkan : (2) Orang yang mengatakan bahawa Rasulullah saw. menyembunyikan sesuatu ayat dari Kitab Allah (tidak disampaikannya). Maka orang itu sesungguhnya telah berbuat kebohongan besar terhadap Allah. Firman Allah: "Hai, Rasul! Sampaikanlah apa yang diwahyukan kepada mu dari Tuhanmu! Apabila itu tidak engkau lakukan, bererti engkau tidak menyampaikan risalah-Nya (tidak menjalankan tugas daripada-Nya".) (Al Maidah:67) (3) Orang yang mengatakan bahawa Rasulullah saw. tahu apa yang akan terjadi esok. Orang itu sungguh-sungguh telah mengadakan suatu kebohongan besar terhadap Allah. Firman Allah: "Katakan: Tidak seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui apa yang tersembunyi, melainkan Allah." (Naml:65)

85  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0163.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ketika Allah menurunkan ayat: "Dan peringatkanlah keluargamu yang terdekat" (Syu'ara : 214) Kerana itu Rasulullah saw. memanggil orang-orang Quraisy. Setelah mereka berkumpul, ternyata mereka ada dua kelompok, iaitu umum dan khusus. Kerana itu Nabi saw. bersabda: "Hai, Bani Ka'ab bin Luay! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Bani Murrah bin Ka'ab! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Bani 'Abdu Syams! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai Bani 'Abdu Manaf! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Bani Hasyim! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Bani Abdul Muththalib! Selamatkanlah diri mu dari neraka! Hai, Fatimah! Selamatkanlah diri mu dari neraka!" Sesungguhnya aku tidak kuasa apa-apa untuk membelamu di hadapan Allah kelak, selain hubungan keluarga yang hanya dapat ku penuhi sebaik-baiknya di dunia ini saja."

86  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0774.
Dari Abu Darda' r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang menghafal sepuluh ayat dari awal surat Al Kahfi, dia terpelihara dari bencana kejahatan Dajjal."

87  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0773.
Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surat Al Baqarah, nescaya keduanya akan memeliharanya dari bencana."

88  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0704.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah solat (sunat malam) sambil duduk. Kerana itu beliau juga membaca sambil duduk. Kemudian, ketika bacaannya tinggal kira-kira tiga puluh atau empat puluh ayat, beliau berdiri sehingga bacaannya habis. Sesudah itu beliau rukuk, lalu sujud, dan setelah itu rakaat kedua beliau kerjakan seperti itu pula."

89  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1588.
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, aku jatuh sakit. Lalu Rasulullah saw. datang menjenguk ku bersama-sama dengan Abu Bakar, dengan berjalan kaki. Ketika itu aku sedang pengsan. Rasulullah saw. mengambil air wuduk, kemudian dipercikkannya kepada ku sisa air wuduknya sehingga aku sedar. Aku bertanya kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Bagaimana caranya aku harus mengatur hartaku?" Beliau tidak menjawab sedikit jua pun kepada ku, sehingga turun ayat warisan yang berbunyi: "Mereka minta fatwa kepada mu tentang kalalah. Katakanlah! Allah memberi fatwa kepada mu tentang kalah.." (An-Nisa', 4: 176)

90  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1589.
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Nabi saw. dan Abu Bakar mengunjungi ku dengan berjalan kaki ketika aku sakit di kampung Bani Salamah. Beliau dapati aku sedang tidak sadar. Lalu beliau meminta air untuk berwuduk, kemudian sisa air mukanya dipercikkannya kepada ku, sehingga aku sedar kerananya. Lalu aku bertanya kepada beliau, "Apa yang harus ku lakukan terhadap harta ku, ya Rasulullah?" Maka turunlah ayat yang berbunyi: "Allah menetapkan bagi mu tentang warisan untuk anak-anakmu, bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan "(An Nisa' 4: 11).